The best ever

Thursday, May 10, 2012

Tip untuk Peperiksaan SPA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. (Berdasarkan pengalaman setelah beberapa kali mengambil peperiksaan tersebut)


Seksyen A: Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling
  1. Buat ulangkaji menggunakan buku Pengetahuan AM STPM untuk mendapatkan informasi tentang sejarah Malaysia. (Perundangan, Perlembagaan, Dasar Dalam dan Luar Malaysia, Kewarganegaraan, Sistem Pentadbiran Malaysia, Sejarah Kemerdekaan).
  2. Dapatkan maklumat tentang skop kerja dan tugas bagi peperiksaan yang bakal diduduki.
  3. Banyakkan membaca surat khabar/majalah, mendengar radio dan menonton televisyen.
  4. Pengetahuan am tentang perkara di sekeliling kita. (Komputer, laman web kerajaan, sukan, dan lain-lain)
  5. Ingat istilah-istilah mahkamah seperti afidavit, alibi, prima facie, habeas corpus, injuksi, waran, defenden, plantif, dan writ.
  6. Mengetahui setiap makna simbol pada Jata Malaysia.
Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah

Jangan banyak bazirkan masa untuk menjawab 20 soalan pertama kerana ianya tidak memerlukan kita banyak berfikir. Bila mengira, jangan tunggu hingga semua nombor yang dikira lengkap, jika saudara/i sudah melihat jawapan yang disediakan seakan sama dengan jawapan yang dikira, pilih sahaja jawapan berkenaan dan teruskan menjawab soalan yang berikutnya.

Seksyen C: Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei

Tiada tip asalkan calon menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Ianya menguji pemahaman dan pengertian calon berdasarkan petikan-petikan esei yand diberi. Calon dikehendaki memilih jawapan yang bersesuaian dengan petikan tersebut.

Seksyen D & E: Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Tip paling penting, banyakkan membaca isu-isu semasa terutama sekali berkaitan isu-isu panas seperti pembuangan bayi, keldai dadah, penculikan kanak-kanak, penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Matematik dan Sains, dan isu-isu berkaitan yang lain. Karangan perlu ada pendahuluan, isi (sekurang-kurangnya 3 isi untuk setiap karangan) dan penutup.



Ini adalah sekadar panduan, saya tidak dapat menjangkakan soalan sebenar yang akan ditanya kelak.
Jadi, selamat maju jaya diucapkan kepada semua, terutama sekali untuk kawan-kawan yang akan mengambil Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 12 Mei 2012 (Sabtu) kelak.



 

No comments:

Post a Comment